CID_RMP · @cidrmp

由...發布 1 週 之前
240.56K 粉絲
4.86K views
157 likes
8 comments
27 shares

[ 𝗦𝗜𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 ] 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗢𝗣 𝗣𝗘𝗗𝗢 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗣𝗔𝗗𝗨 𝗣𝗗𝗥𝗠–𝗦𝗞𝗠𝗠 𝟯.𝟬: 𝟱𝟯 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣, 𝟮𝟯 𝗞𝗘𝗥𝗧𝗔𝗦 𝗦𝗜𝗔𝗦𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗜𝗧𝗨𝗗𝗨𝗛 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 KUALA LUMPUR, 22 September 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ), memaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah melaksanakan Op Pedo Bersepadu PDRM–SKMM 3.0 secara serentak di seluruh negara pada 14 hingga 16 September 2026. Operasi berasaskan maklumat dan risikan yang diselaraskan oleh Unit Malaysia Internet Crime Against Children (MICAC), Bahagian D11, JSJ ini menyaksikan kesemua 92 sasaran di 14 kontinjen diperiksa dan 53 individu berumur antara 13 hingga 56 tahun ditangkap. Barang kes yang dirampas terdiri daripada peranti digital dan alat mainan seks. Pemeriksaan awal terhadap peranti menemukan 653,193 fail digital, merangkumi 540,127 fail Bahan Penganiayaan Seksual Kanak-Kanak (CSAM) dan 113,066 fail pornografi dewasa. Sebanyak 52 Kertas Siasatan (KS) telah dibuka. Sehingga 21 September 2026, 23 KS (44%) telah dituduh di mahkamah, dengan OKT bagi 11 KS telah dijatuhi hukuman. Antara penemuan signifikan operasi ialah lapan (8) OKT merupakan kanak-kanak, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berumur 13 tahun. Tangkapan turut melibatkan dua (2) penjawat awam yang bertugas dalam persekitaran pendidikan. Siasatan turut mengenal pasti modus operandi yang semakin kompleks termasuk penghasilan dan penjualan CSAM, pentadbiran kumpulan dalam talian serta transaksi melalui e-dompet, mata wang kripto dan PayPal. Turut ditemukan ialah penghasilan sendiri bahan CSAM dalam bentuk animasi yang kemudiannya dijual secara dalam talian. Sejak tahun 2024, pelaksanaan Op Pedo Bersepadu PDRM–SKMM dan Operation Cyber Guardian telah menghasilkan 170 tangkapan serta penemuan 2,123,887 fail CSAM dan bahan pornografi. Pencapaian ini mencerminkan tindakan berterusan PDRM dalam memperkukuh risikan, siasatan, penguatkuasaan dan analisis forensik serta kerjasama strategik di peringkat domestik dan antarabangsa. PDRM memandang serius ancaman jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan menyeru masyarakat, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta pihak industri supaya bersama-sama mencegah, mengesan dan melaporkan sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak. Angka ini menuntut tindakan, bukan sekadar perhatian. Perlindungan kanak-kanak adalah tanggungjawab kita bersama. Hadir sama dalam sidang media tersebut ialah Datuk Ts. Dr. Mohamed Sulaiman Sultan Suhaibuddeen, Timbalan Pengarah Urusan (Kawal Selia), SKMM, DCP Datuk Mohd Sukri Kaman, Timbalan Pengarah JSJ (Risikan/Operasi), DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman, Timbalan Pengarah JSJ (Siasatan/Perundangan), SAC Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah D11 serta Pegawai-Pegawai Kanan PDRM. #PDRM #JSJ #D11 #MICAC #SKMM