HotDTaipinghdt · @hotdtaipinghdt3

Добавлено 1 неделя назад
20.73K подписчиков
8.6K views
192 likes
3 comments
68 shares

𝟒𝟑 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐀𝐁𝐄𝐋 𝐃𝐈𝐏𝐎𝐓𝐎𝐍𝐆: 𝐒𝐔𝐒𝐏𝐄𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐊𝐓𝐌𝐁 16 Jun 2026 Tindakan pantas dan kecekapan anggota Polis Bantuan KTMB berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel milik KTMB apabila seorang lelaki ditahan di KM95.75, sektor Padang Rengas – Kamunting, awal pagi tadi. Suspek ditahan oleh anggota Polis Bantuan Cawangan Taiping yang sedang melaksanakan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) secara berkala di kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi (hotspot) aktiviti kecurian kabel. Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian membawa kepada penemuan dan rampasan kabel yang dipercayai milik Jabatan Semboyan KTMB. Siasatan awal mendapati insiden ini telah menyebabkan gangguan kepada sistem semboyan serta operasi landasan di kawasan terlibat. Pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Semboyan KTMB mengesahkan kira-kira 43 meter kabel telah dipotong. Kecurian kabel ini bukan sahaja mengakibatkan kerugian material, malah berpotensi menjejaskan keselamatan operasi tren serta kelancaran perkhidmatan rel kepada pengguna. Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. KTMB memandang serius sebarang bentuk pencerobohan, vandalisme dan kecurian terhadap aset serta infrastruktur rel negara. Sehubungan itu, rondaan keselamatan akan terus dipertingkatkan melalui kerjasama bersepadu antara Polis Bantuan KTMB dan pihak berkuasa bagi membanteras aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan operasi tren serta orang awam. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di kawasan landasan diminta menyalurkan maklumat kepada Pusat Pengumpulan & Penyaluran Maklumat Polis Bantuan KTMB di talian 03-2263 1194 (24 jam) atau menghubungi pihak PDRM untuk tindakan segera. KTM Berhad #ktmb #fb_hotdtaiping #fyp #kongsi #kamunting