KISAH DI TAWAU · @kisahditawau

Добавлено 10 месяцев назад
24.21K подписчиков
142.7K views
5.93K likes
260 comments
1.3K shares

𝐑𝐌𝟏 𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐚𝐧𝐝𝐚, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐢𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐧𝐢𝐥𝐚𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐭𝐢𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐬𝐧𝐚𝐟 𝐝𝐢 𝐃𝐚𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐢𝐭𝐚𝐦 𝐢𝐧𝐢. Inilah salah seorang anak yatim di Pertubuhan Kebajikan Siapa lagi yang mereka ada selain kita? Siapa lagi yang boleh bantu selain kita sebagai saudara seagama… Ini adalah masalah utama yang berlaku di Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam yang bertempat di Bukit Pegoh, Melaka. Sejak ayahnya, Almarhum Ustaz Haji Idris pergi meninggalkan Ustazah Nuha, dan disusuli pula pemergian suaminya, rumah ini hilang dua tonggak yang dulu jadi tempat orang bergantung. Orang semakin jauh, sumbangan semakin sedikit, dan nama Darul Aitam perlahan-lahan hilang dari perhatian ramai. Inilah ujian yang terpaksa Ustazah Nuha hadapi. Dari urus sekolah, jaga anak-anak, cari dana, selesaikan bil utiliti, sampai ke hal harian yang remeh tetapi memerlukan tenaga, semuanya jatuh atas bahu seorang wanita yang sebenarnya sudah terlalu penat… tapi tak sanggup lepaskan amanah dan legasi ayahnya. ⚠️Tanpa sumbangan anda, hampir 70 orang anak-anak yatim dan asnaf yang tiada tempat untuk berlindung akan hilang satu persatu kenikmatan yang mereka ada sekarang. Mereka tak mintak banyak, cuma perlukan sumbangan dana operasi di mana setiap seorang anak menelan kos sebanyak RM200 hingga RM300 sebulan. Kos itu untuk tampung: ✅Makanan harian anak-anak ✅Keperluan sekolah, yuran, duit poket harian dan pakaian mereka ✅Kos minyak dan penyelenggaraan pengangkutan sekolah mereka ✅Elaun warden, guru mengaji dan tenaga pengajar ✅Bil utiliti, air dan elektrik Sumbanglah walaupun sedikit. Sumbanglah walaupun ianya cuma RM10, kerana: 🕌 Rasulullah SAW bersabda, “𝑇𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑢𝑟𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑟𝑡𝑎 𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑑𝑒𝑘𝑎ℎ. 𝐷𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑝𝑒𝑚𝑎𝑎𝑓 𝑝𝑎𝑠𝑡𝑖 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑡𝑎𝑚𝑏𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑚𝑢𝑙𝑖𝑎𝑎𝑛 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑦𝑎.” (Riwayat Muslim) Mari Rebut Ganjaran Menjaga Bebanan Kos Operasi Bagi 70 anak-anak yatim dan asnaf di Pertubuhan Kebajikan Darul Aitam. Klik butang "𝐃𝐨𝐧𝐚𝐭𝐞 𝐍𝐨𝐰" untuk menyumbang. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda yang mengambil masa untuk menyumbang, dan share video ini supaya lebih ramai lagi yang tahu. 04010004362716 Bank Muamalat Malaysia Berhad PERTUBUHAN KEBAJIKAN DARUL AITAM BUKIT