KPM BANDAR PENAWAR OFFICIAL ยท @kpmbp.official

Postado 6 dias atrรกs
1.98K seguidores
168 views
5 likes
0 comments
0 shares

โœจ ๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—ฃ๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฆ๐—œ & ๐—›๐—œ-๐—ง๐—˜๐—” ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ช๐—” ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—” (๐—ฃ๐—ฆ๐—ก) ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โœจ Rabu, 24 Jun 2026 โ€“ Majlis Apresiasi & Hi-Tea Santai Program Siswa Niaga (PSN) 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Cafe Lotus Hotel dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Majlis ini diadakan bagi menghargai segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan oleh barisan Jawatankuasa Induk Pelajar Program Siswa Niaga sesi 2025/2026 sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Pada masa yang sama, program ini turut menjadi platform bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara barisan kepimpinan lama dan baharu serta memberi pendedahan awal kepada Jawatankuasa Induk Pelajar sesi 2026/2027 dalam aspek pengurusan dan pelaksanaan program. Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran dan fotografi rasmi sebelum diteruskan dengan ucapan aluan pengacara majlis, bacaan doa serta ucapan daripada pihak pengurusan. Seterusnya, sesi penyampaian sijil penghargaan dan anugerah khas telah diadakan bagi meraikan individu-individu yang menunjukkan komitmen cemerlang sepanjang penglibatan mereka dalam Program Siswa Niaga. Antara anugerah khas yang disampaikan ialah Tokoh Komitmen PSN, Penyumbang Aktif PSN, Most Supportive Leader dan Outstanding Contribution Award. Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan kepimpinan sebagai simbolik peralihan tampuk kepimpinan daripada Jawatankuasa Induk Pelajar sesi 2025/2026 kepada Jawatankuasa Induk Pelajar sesi 2026/2027. Simbolik ini diharapkan dapat menyuntik semangat baharu dalam meneruskan legasi kecemerlangan Program Siswa Niaga pada masa hadapan. Selain meraikan kejayaan dan sumbangan para pelajar, majlis ini turut menjadi medium untuk memupuk nilai kepimpinan, kerjasama berpasukan serta semangat kekeluargaan dalam kalangan warga Program Siswa Niaga. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Majlis Apresiasi & Hi-Tea Santai Program Siswa Niaga (PSN) 2026. Semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan akan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pelajar serta Program Siswa Niaga pada masa akan datang. #WeAreGenMARA #MerakyatkanMARA #HebatkanMARA #HidupkanBiarBerjasa #MalaysiaMADANI