Postado 2 meses atrรกs
6.35K seguidores
7.19K views
273 likes
8 comments
128 shares
๐ฌ๐๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐จ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ฅ ๐๐ ๐ฃ๐ฅ๐ข๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐จ๐ฅ ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก๐ง๐ข๐ก๐ BENTONG 8 Mac 2026 - Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu'adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Untuk Penghuni Penjara Bentong di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Panglima Perang sebagai wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang merupakan pelopor program tersebut di penjara sejak empat tahun lalu. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang menyediakan bahan-bahan memasak tersebut tidak berangkat hari ini kerana gering dan memerlukan rehat yang secukupnya. Pada program hari ini sebanyak 3,500 pek bubur lambuk berjaya dihasilkan dan YAM Tengku Panglima Perang sendiri menyerahkan bubur lambuk kepada semua penghuni penjara. YAM Tengku Panglima Perang turut melawat prospek-prospek di Bengkel Tenun dan Bengkel Pastri di samping menyantuni mereka. #kesultananpahang #jabatanpenjaramalaysia #buburlambuk #ramadan2026 #bentong