Pubblicato 6 mesi fa
4.72K seguaci
9.42K views
78 likes
37 comments
8 shares
𝐒𝐓𝐀𝐑 𝐒𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐩𝐚𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐦𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐨𝐥𝐢𝐭𝐢𝐤 Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan berkata keputusannya untuk menyokong kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai ahli dewan undangan negeri (ADUN) itu berdasarkan "kehendak majoriti" ahli parti dan ketua-ketua bahagiannya. Katanya, ia adalah demi kestabilan politik, kerana gabungan yang dipimpin oleh ketua menteri sekarang, Hajiji Noor, tidak memenangi kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan sendiri. "(GRS) mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan demi kestabilan politik, yang juga menjadi kehendak STAR. Oleh itu, adalah wajar untuk menyokong kerajaan perpaduan ini. Lagipun, pilihan raya sudah selesai dan kini tiba masanya untuk berkhidmat untuk rakyat," katanya. Tegasnya lagi, keputusan itu tidak bermakna STAR meninggalkan perjuangannya, malah parti itu sentiasa konsisten dalam memperjuangkan hak Sabah, sama ada berada dalam kerajaan atau pembangkang. Walaupun pelantikan ADUN STAR, Ishak Ayub, sebagai pembantu menteri diumumkan kemudian pada hari itu, Jeffrey menegaskan beliau akan kekal dalam pembangkang. Dalam satu kenyataan berasingan, Jeffrey berkata, “Kita bukan duduk dalam GRS, kita bantu GRS tubuh kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik selepas PRU17 sebab itulah yang rakyat inginkan berpandukan kepada keputusan pilihanraya.”