175 views
0 likes
0 comments
0 shares

๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—˜๐—  & ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ฆ๐—˜๐——๐—จ๐—ฅ : ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—ž๐—ข๐—— ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ž๐—ฃ๐— ๐—•๐—ฃ KHAMIS | 2 JULAI 2026, telah berlangsung Kursus Pelupusan Rekod Awam , bermula jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Komputer Beta, Kolej Profesional MARA Bandar Penawar. Program impak tinggi ini merupakan hasil anjuran bersama antara Kolej Profesional MARA Bandar Penawar (KPM BP) dan Arkib Negara Malaysia Negeri Johor, yang telah dihadiri oleh seramai 30 orang peserta. Kursus ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah jemputan khas iaitu Puan Bonnyta binti Bujang Penolong Pengarah Negeri Arkib Negeri Johor, yang sudi berkongsi kepakaran beliau sepanjang program berlangsung. Penganjuran kursus ini membawa objektif utama untuk memberikan kefahaman mendalam mengenai dasar, peraturan, dan prosedur pelupusan rekod awam mengikut garis panduan rasmi Arkib Negara Malaysia. Selain meningkatkan pengetahuan peserta tentang pengurusan rekod yang sistematik, cekap, dan mematuhi kehendak perundangan, bimbingan yang diberikan oleh Puan Bonnyta turut membantu para peserta untuk mengenal pasti rekod yang layak dilupuskan berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod yang telah diluluskan. Langkah ini penting bagi memastikan keseluruhan proses pelupusan rekod dilaksanakan secara teratur, selamat, mematuhi piawaian pengurusan rekod kerajaan, sekaligus memperkukuhkan amalan tadbir urus yang baik melalui pengurusan rekod yang berkesan di organisasi. Melalui pengisian intensif ini, kesemua 30 orang peserta telah berjaya mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan termasuklah memahami prinsip serta dasar berkaitan pelupusan rekod awam mengikut ketetapan Arkib Negara Malaysia. Peserta kini mampu mengenal pasti kategori rekod yang layak dilupuskan berdasarkan jadual yang berkuat kuasa serta berupaya melaksanakan proses pelupusan dengan betul, teratur, dan mematuhi prosedur yang ditetapkan. Pengalaman ini membolehkan mereka mengaplikasikan amalan pengurusan rekod yang sistematik demi meningkatkan kecekapan pentadbiran organisasi, di samping memastikan pematuhan terhadap keperluan perundangan serta memperkukuh tadbir urus agensi masing-masing. Sebelum tirai program dilabuhkan, satu sesi penyampaian sijil penghargaan telah diadakan di penghujung acara sebagai tanda apresiasi kepada penceramah dan juga pengiktirafan kepada kesemua peserta yang telah memberikan komitmen padu sepanjang kursus. Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Bonnyta binti Bujang Penolong Pengarah Negeri Arkib Negeri Johor serta pihak Arkib Negara Malaysia Negeri Johor atas perkongsian ilmu yang sangat bernilai ini. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan dengan jayanya demi kecemerlangan dan kelestarian pengurusan organisasi. #KPMBP #ArkibNegaraMalaysia #PengurusanRekod #PelupusanRekod #TadbirUrusTerbaik