Pubblicato 2 settimane fa
230.96K seguaci
4.61K views
149 likes
0 comments
3 shares
𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗕𝗨𝗡𝗨𝗛 𝗗𝗜𝗕𝗜𝗔𝗥𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗥𝗕𝗔𝗟𝗨𝗧 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗥𝗨𝗠𝗔𝗛; 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗗𝗜𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 AYER KEROH, 11 Jun 2026: Susulan penemuan mayat seorang lelaki di dalam sebuah rumah yang tular baru-baru ini, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan membunuh. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga tempoh empat puluh tahun serta sehingga dua belas kali sebatan, jika tidak dihukum mati. Pada petang 28 Mei yang lalu, pihak Balai Polis Malim telah menerima aduan orang awam mengenai bau busuk dari sebuah rumah yang terletak di Taman Seri Pandan 1, Melaka. Semakan pihak polis di lokasi kemudiannya menemukan mayat seorang lelaki tempatan yang dibungkus dengan cadar. Bertindak atas maklumat dan siasatan yang dijalankan, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9 IPK Melaka dan IPD Melaka Tengah telah menahan tertuduh di Taman Seri Pandan Indah 1 pada malam yang sama. Hasil siasatan yang dijalankan, tertuduh mendakwa telah menikam si mati dengan menggunakan sebilah gunting, akibat perselisihan faham di antara mereka. Tertuduh mendakwa gagal mengalihkan si mati kerana terlalu berat lalu membiarkan si mati di dalam rumah berkenaan. Dalam kamar pertuduhan hari ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes ini merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Majistret Uthman Abdul Ghani tidak membenarkan sebarang jamin dan menetapkan 29 Julai depan untuk sebutan semula kes.