Pubblicato 2 vita fa
245.28K seguaci
45.5K views
737 likes
13 comments
161 shares
๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐๐ ๐๐ง๐๐ฆ ๐๐ฆ๐ฃ (๐) ๐ฆ๐๐๐๐ฅ๐จ๐ ๐๐ญ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ ๐ญ๐๐ KUANTAN, 28 Oktober 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan kebajikan ke atas ASP (B) Shahrul Azam bin Hamzah di Kuantan, Pahang. ASP (B) Shahrul Azam menamatkan perkhidmatan pada 3 Mac 2026 atas faktor kesihatan selepas berkhidmat dalam pasukan sejak tahun 2004. Sepanjang perkhidmatan, beliau pernah bertugas di PULAPOL, JSJK Bukit Aman, IPK Pahang dan Briged Tenggara PGA. Beliau kini menjalani rawatan susulan secara berkala selepas disahkan menghidap leukemia dan menjalani pemindahan sumsum tulang pada tahun 2023. Isteri beliau, ASP Nor Laili binti Ramly, masih berkhidmat sebagai Inspektor Litigasi di D5, IPK Pahang. Datuk PJSJ turut menyampaikan kata-kata semangat serta mendoakan agar ASP (B) Shahrul Azam dikurniakan kesembuhan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh rawatan. Hadir sama dalam lawatan pagi ini DCP Datuk Mohd Sukri Kaman Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi), DCP Datuk Mohamad Farouk Eshak Timbalan Pengarah (Forensik/ Perancangan Strategik), SAC Mohamad Razali Taib, Ketua Penolong Pengarah Urus Setia JSJ, SAC Afzanizar Ahmad, Ketua Penolong Pengarah D1, SAC Junainah M. Kasbolah, Ketua Penolong Pengarah D5 dan SAC Datoโ Mohd Yusri Othman, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP