Pubblicato 1 settimana fa
245.33K seguaci
6.14K views
227 likes
10 comments
11 shares
๐๐ฆ๐๐๐ก ๐ ๐๐ก๐๐ฆ๐ง๐๐ฅ๐๐๐ ๐ ๐๐๐ง๐๐ก๐ ๐ข๐ก ๐ง๐ฅ๐๐ก๐ฆ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐๐ ๐๐ฅ๐๐ ๐ (๐๐ ๐ ๐ง๐) ๐๐-๐ฎ๐ฌ: ๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐จ ๐ ๐๐ ๐๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ ๐ฅ๐๐ก๐ง๐๐ฆ ๐ฆ๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก MANILA, FILIPINA, 22 Oktober 2026 โ CP Datuk M.Kumar A/L S. Muthuvelu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), turut mengiringi YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-20 yang berlangsung selama dua hari, dari 20 hingga 21 Oktober 2026. Mesyuarat ini memberi penekanan kepada pengukuhan kerjasama penguatkuasaan, perkongsian maklumat dan risikan serta penyelarasan tindakan antara negara anggota ASEAN dalam membanteras jenayah siber, penipuan dalam talian, pengubahan wang haram, penyeludupan manusia, keganasan dan ekstremisme. Dalam Konsultasi AMMTC Plus China Ke-13, YB Menteri Dalam Negeri Malaysia telah diberi tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama bersama TYT Lyu Wuqin, Penolong Menteri Keselamatan Awam Republik Rakyat China. Peranan ini mencerminkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama strategik ASEAN-China, khususnya dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan melalui perkongsian maklumat, penyelarasan penguatkuasaan dan kerjasama operasi. Selain itu, mesyuarat bilateral bersama Brunei, China, Jepun dan Korea turut menjadi platform penting untuk mempererat hubungan dua hala serta memperkukuh kerjasama antara agensi penguatkuasaan undang-undang dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan. Penyertaan PDRM dalam mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama polis antarabangsa serta meningkatkan keberkesanan tindakan bersama dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan. Selaras dengan hala tuju ASEAN, kerjasama serantau perlu diterjemahkan kepada tindakan yang konkrit dan berkesan, termasuk mempercepat pertukaran maklumat, memperkukuh keupayaan siasatan serta meningkatkan kerjasama operasi bagi memastikan penjenayah dapat dibawa ke muka pengadilan. PDRM akan terus komited bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan negara anggota ASEAN serta rakan antarabangsa demi memelihara keselamatan, ketenteraman awam dan kestabilan serantau. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP