Yayasan Islam Kelantan · @yikkelantan

Pubblicato 3 settimane fa
4.7K seguaci
8.16K views
260 likes
0 comments
32 shares

𝟓𝟔𝟔 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐂𝐞𝐦𝐞𝐫𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐏𝐌𝐏 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐘𝐈𝐊 KOTA BHARU, 26 September 2026 – Seramai 566 guru menerima pengiktirafan pada Majlis Apresiasi Guru Cemerlang GPMP Peperiksaan SMU, SMTQ, STUP, SPM dan STAM Tahun 2025 yang berlangsung di Dewan Besar Yayasan Islam Kelantan (YIK), hari ini. Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato’ Ustaz Haji Wan Roslan bin Wan Hamat, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan, menjadi penghargaan kepada guru-guru yang menjadi antara penggerak utama pencapaian akademik pelajar YIK. Daripada jumlah tersebut, 545 penerima merupakan guru sekolah-sekolah YIK, meningkat daripada 460 penerima pada tahun 2024, iaitu pertambahan sebanyak 106 penerima keseluruhan. Pencapaian peperiksaan turut menunjukkan 𝐩𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐌𝐔 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐭𝐚𝐭 𝟗𝟑.𝟕𝟖% 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐥𝐮𝐬𝐚𝐧, 𝐒𝐌𝐓𝐐 𝟏𝟎𝟎%, 𝐒𝐓𝐔𝐏 𝟖𝟗.𝟖𝟎% 𝐝𝐚𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝟗𝟕.𝟖𝟒%, 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢 𝟐𝟐𝟎 𝐜𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐒𝐏𝐌 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝟗𝐀 𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟏𝟐𝐀. Dalam ucapan perasmian, YB Dato’ Ustaz Haji Wan Roslan turut menegaskan bahawa kecemerlangan perlu terus dikembangkan sebagai budaya dalam sekolah-sekolah YIK, selaras dengan Dasar Pendidikan Rabbani Kelantan yang menekankan keseimbangan ilmu, akhlak dan jati diri pelajar. Beliau turut mengumumkan bahawa 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐥𝐚𝐮𝐧 𝐘𝐈𝐊 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐧𝐚𝐢𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐭𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐮𝐫𝐮 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐒𝐚𝐧𝐝𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐤𝐨𝐧𝐭𝐫𝐚𝐤 𝐥𝐢𝐦𝐚 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Pada masa sama, para guru yang menerima pengiktirafan diseru agar terus berkongsi amalan terbaik, membimbing guru baharu dan memperluaskan kecemerlangan supaya manfaatnya dapat dirasai oleh lebih ramai pelajar. “Guru yang cemerlang bukan hanya menghasilkan pelajar yang cemerlang, tetapi turut membantu membina sekolah yang cemerlang.” Majlis ini turut menjadi wadah untuk menghargai segala usaha, komitmen dan pengorbanan warga pendidik dalam melahirkan generasi Rabbani yang berilmu, berakhlak dan memberi manfaat kepada agama, masyarakat dan negara. P/s : Untuk gambar penerima anugerah, boleh klik link di bawah atau layari FB kami : https://drive.google.com/drive/folders/1AYOjIksVnJgxm81qSzNJy5fo6x5iTW4J