KEMASOFFICIALโœ… ยท @kemajuan_masyarakat

Pubblicato 4 vita fa
19.57K seguaci
1.57K views
77 likes
2 comments
12 shares

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐‡๐”๐…๐…๐€๐™ ๐‚๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐ˆ๐Œ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐„๐‘๐„๐๐“๐€๐, ๐„๐๐€๐Œ ๐๐€๐Š๐€๐‹ ๐Œ๐€๐‘๐€ ๐Š๐„ ๐†๐‘๐€๐๐ƒ ๐…๐ˆ๐๐€๐‹๐„ BANGI, 22 Ogos - Seramai 14 Huffaz Cilik berusia lima tahun dari 14 negeri hari ini berentap dalam Showcase Road to Grand Finale Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (Huffaz Cilik) Kategori 5 Tahun yang berlangsung di Universiti Islam Selangor (UIS). Kemuncak akademi itu menyaksikan setiap peserta tampil di pentas bagi menguji penguasaan hafazan menerusi tiga cabaran iaitu Surah Wajib, Tap Tap Surah dan Wheel of Surah. Persembahan mereka kemudiannya dinilai barisan hakim yang turut memberikan ulasan dan pandangan bagi setiap peserta. Suasana meriah menghiasi dewan apabila penyokong dari segenap negeri hadir memberikan sokongan dan semangat kepada Huffaz Cilik yang berentap. Tepukan gemuruh daripada keluarga, guru pengiring dan penyokong setiap negeri turut menyemarakkan suasana, sekali gus menambahkan debaran ketika peserta mempersembahkan hafazan masing-masing. Pertandingan dinilai Ketua Hakim, Ustaz Shahrulkarnain Mohamad Nazir dari Yayasan Pahang bersama dua hakim, Dr Ikmal Zaidi Hashim dari Universiti Islam Selangor (UIS) dan Ustaz Mohd Edrus Hj. Ab Rahman dari Yayasan Pinta. Walaupun kesemua peserta tampil dengan keberanian dan persediaan terbaik, hanya enam Huffaz Cilik terbaik akan dipilih untuk melangkah ke pentas Grand Finale yang dijadualkan berlangsung pada 7 November 2026. Bagaimanapun, keputusan enam terbaik tidak diumumkan hari ini dan akan disampaikan menerusi Sesi Terjah ke lokasi peserta masing-masing yang dijangka berlangsung pada September ini. Selain cabaran hafazan, peserta turut menerima penghargaan menerusi Anugerah Khas Yayasan Pahang sebagai pengiktirafan terhadap sahsiah, semangat dan perkembangan mereka sepanjang mengikuti akademi. Lima anugerah yang diberikan ialah Anugerah Penjelajah Cilik, Sahabat Mithali, Juara Jejak al-Quran, Huffaz Cemerlang dan Bintang Harapan. Anugerah berkenaan tidak mempunyai kaitan dengan markah pertandingan atau penentuan peserta ke Grand Finale. Showcase hari ini menjadi penutup kepada perjalanan tiga hari 14 Huffaz Cilik kategori lima tahun yang bukan sahaja menguji keupayaan hafazan, malah membentuk keyakinan, keberanian dan kecintaan mereka terhadap al-Quran. Turut hadir, Tuan Ayub Abd. Rahman, Timbalan Ketua Pengarah ( Pengurusan dan Pembangunan) KEMAS ; Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran, Wan Luqman Wan Sulaiman; Pengarah Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Anisah Saidin bagi menyaksikan kemuncak perjalanan Huffaz Cilik kategori lima tahun itu. Siapakah enam Huffaz Cilik yang bakal mencipta kejutan dan melangkah ke pentas Grand Finale? Nantikan keputusan mereka menerusi Sesi Terjah pada September ini dan terus ikuti Akademi Alpha Gen Talents @ KEMAS (Huffaz Cilik) Musim Ke-2 yang bakal menemui penonton bermula 12 September ini di TV OKEY dan RTM TV1. #TQKEMAS #imkemas #kemas4u #disinibermula #luarbandarsejahtera