DBPMalaysia · @dbpmalaysia

Pubblicato 2 vita fa
28.18K seguaci
868 views
13 likes
0 comments
0 shares

𝐊𝐎𝐋𝐎𝐊𝐈𝐔𝐌 𝐒𝐀𝐒𝐓𝐄𝐑𝐀: 𝐊𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 “𝐀𝐃𝐀 𝐀𝐏𝐀 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆?” Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Penyelidikan Sastera, Jabatan Dasar dan Penyelidikan telah menganjurkan Kolokium Sastera: Kajian Kepengarangan Pengarang Malaysia bertemakan “Ada Apa dengan Pengarang?” pada 10 Jun 2026 (Rabu), pukul 8.30 pagi – 4.30 petang, bertempat di Balai Seminar Tun Dr. Hamdan Sheikh Tahir, Aras 6, Wisma DBP Kuala Lumpur bersempena dengan Ulang Tahun DBP Ke-70. Kolokium ini menampilkan seramai enam orang pengarang prolifik dan mapan, iaitu YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengelola DBP, YBhg. Sasterawan Negara Dato’ Rahman Shaari, YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar, Tokoh Wartawan Negara, YBrs. Dr. Hatta Azad Khan dan Puan Azmah Nordin, penerima Anugerah S.E.A. Write dan YBrs. Dr. Abang Patdeli Abang Muhi, Sasterawan Negeri Sarawak. Para pembentang telah berkongsi pengalaman dalam menghasilkan karya-karya hebat dan malar segar dalam bidang kesusasteraan. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Beliau menyatakan kolokium yang diadakan ini mampu menjadi satu wahana penting dalam menyebarkan ilmu kepengarangan sebagai bidang kajian yang menarik dan dapat meningkatkan pengetahuan serta minat masyarakat. YBrs. Puan Fauzilahyatun Mustafa, Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan pula telah menyampaikan ucapan penangguhan. Kolokium ini juga diharapkan berupaya menjadi wadah kepada para penulis, khususnya penulis generasi muda untuk menimba ilmu, sekali gus mendapat inspirasi daripada pengalaman pengarang mapan yang bukannya dibina dalam masa singkat dan mudah, yang semestinya penuh liku dan cabaran. #BahasaJiwaBangsa