JKKP / DOSH Malaysia ยท @doshmalaysia

Diposting 2 minggu-minggu lalu
14.95K pengikut
556 views
19 likes
0 comments
1 shares

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐„๐๐†๐€๐‘๐€๐‡ ๐‰๐Š๐Š๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐„ ๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐€๐†๐„๐๐ƒ๐€ ๐Š๐Š๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ“ Kota Kinabalu & Sipitang, Sabah ๐Ÿ—“๏ธ 2โ€“3 Julai 2026 YBrs. Ir. Ts. Hajah Hazlina binti Yon, Ketua Pengarah JKKP Malaysia telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Sabah pada 2 hingga 3 Julai 2026 bagi memperkukuh pelaksanaan agenda KKP serta meninjau penyampaian perkhidmatan JKKP di peringkat negeri. Lawatan dimulakan dengan penyempurnaan Majlis Perasmian Seminar Revolusi Lanskap KKP 2.0 dan menyampaikan ceramah bertajuk 150 Tahun KKP di Malaysia bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu. Seminar ini menjadi platform penting dalam memperkenalkan hala tuju baharu Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2026โ€“2030 (OSHMP30) yang memberi penekanan kepada kelestarian, daya tahan dan pemanfaatan teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan Analisis Data Raya (Big Data) serta evolusi 150 tahun KKP di Malaysia dalam memperkukuh ekosistem KKP negara. Pada 3 Julai 2026, lawatan diteruskan ke Sipitang Oil & Gas Industrial Plan (SOGIP), Sipitang bagi menyelia tahap pematuhan terhadap keperluan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di tempat kerja selaras dengan peruntukan undang-undang, peraturan, garis panduan dan prosedur yang dikuatkuasakan serta meninjau pelaksanaan operasi dan projek di PCFS, SUSB & ZLNG dan juga mendapatkan gambaran secara langsung mengenai cabaran dan keperluan semasa dalam melaksanakan fungsi penguatkuasaan dan perkhidmatan kepada industri setempat. #JKKPxDOSH #LawatanKerjaRasmiKP #NOW2026 #NationalOSHWeek2026 #MingguKKPNegara2026