CID_RMP ยท @cidrmp

Verรถffentlicht 1 Woche vor
230.96K followern
9.72K views
268 likes
1 comments
59 shares

๐——๐—จ๐—” ๐—Ÿ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—œ ๐—ฆ๐—”๐— ๐—จ๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—œ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—ฆ๐—จ๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—จ๐— ๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ž๐—จ ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› KUALA LUMPUR, 16 Jun 2026: Dua lelaki terdiri daripada rakyat tempatan dan seorang warganegara India, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan samun berkumpulan. Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 395/34 Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat. Terdahulu, tertuduh dikatakan telah menyamun seorang suri rumah warga emas berusia 64 tahun di Pasar pagi Taman OUG, Jln Klang Lama, Kuala Lumpur pada pagi 5 Jun yang lalu. Mangsa mendakwa didatangi tertuduh yang mengajaknya berbual sebelum berasakan dirinya dipukau apabila tangannya telah ditepuk oleh tertuduh. Tertuduh kemudiannya telah merentap rantai emas miliknya yang dianggarkan bernilai RM25,000, sebelum melarikan diri. Bertindak atas risikan serta pemantauan kamera litar tertutup (CCTV), sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Brickfields telah menahan tertuduh- tertuduh pada awal pagi 9 Jun yang lalu. Beberapa helai pakaian serta barangan peribadi lain dipercayai terkait kes, turut dirampas. Dalam kamar pertuduhan hari ini, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Hakim Mazuliana Abdul Rashid membenarkan jamin sebanyak RM10,000 kepada tertuduh tempatan, manakala tertuduh warganegara asing tidak dibenarkan sebarang jamin. Mahkamah menetapkan 8 Julai depan untuk sebutan semula kes. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP