Verรถffentlicht 1 Woche vor
247.85K followern
71.7K views
2.66K likes
50 comments
543 shares
[ ๐ฆ๐๐๐๐ก๐ ๐ ๐๐๐๐ ] ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฆ๐๐๐ฆ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก๐๐ฌ๐๐ โ๐ฆ๐๐ ๐๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ๐๐จ๐ก๐ ๐๐๐๐ช๐๐๐ก ๐๐๐ช๐จ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐๐๐ก ๐๐ ๐ก๐ข๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐๐ก ๐๐๐๐จ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ก๐๐ง๐๐ข๐ก๐๐/ ๐ฉ๐๐๐๐ก๐๐ฆ ๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐โ IPOH, 19 November 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan kewujudan kumpulan De Norseman Kclub International (DNKI) atau dikenali sebagai โVikingsโ yang disyaki mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah melibatkan warga Nigeria di Malaysia. Siasatan turut melibatkan insiden pergaduhan sekumpulan warga Nigeria di Kepong, Kuala Lumpur, yang disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1956. Susulan kejadian itu, enam lelaki warga Nigeria ditahan pada 18 November 2026 dan direman sehingga 22 November 2026 bagi membantu siasatan. Beliau memaklumkan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengesahkan kumpulan berkenaan tidak berdaftar di Malaysia. Siasatan kini tertumpu kepada pengesahan struktur organisasi, keahlian, aktiviti serta kemungkinan penglibatan dalam jenayah terancang, termasuk semakan status visa pelajar dan pendaftaran suspek di institusi pengajian tinggi tempatan. PJSJ menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam. Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat pengesahan bahawa insiden berkenaan mempunyai kaitan dengan organisasi jenayah terancang dan siasatan lanjut masih diteruskan. #CIDRMP #JabatanSiasatanJenayah #CIDRMP #sidangmedia