CID_RMP ยท @cidrmp

Verรถffentlicht 1 Woche vor
231.7K followern
9.13K views
295 likes
3 comments
11 shares

๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐˜๐—ต ๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—˜โ€“๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—–๐—ฅ๐—œ๐— ๐—œ๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—œ๐—ก๐—ฉ๐—˜๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—š๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐——๐—˜๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐— ๐—˜๐—ก๐—ง (๐—–๐—œ๐——) ๐—Ÿ๐—œ๐—”๐—œ๐—ฆ๐—ข๐—ก ๐— ๐—˜๐—˜๐—ง๐—œ๐—ก๐—š SINGAPURA, 9 Julai 2026: CP Datuk M. Kumar A/L S. Muthuvelu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, hari ini mengetuai Delegasi Jabatan Siasatan Jenayah ke Mesyuarat Perhubungan Dua Hala Jabatan Siasatan Jenayah Singapura-Malaysia kali ke-145 yang berlangsung di Swissotel The Stamford, Singapura. Mesyuarat dua hala ini menjadi platform strategik utama bagi memperkukuhkan kerjasama erat antara PDRM dan Singapore Police Force (SPF), khususnya dalam menangani jenayah rentas sempadan serta ancaman jenayah transnasional yang semakin kompleks. Kedua-dua pihak telah membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama demi keselamatan serantau, termasuk perkembangan semasa jenayah rentas sempadan, jenayah terancang, jenayah seksual terhadap kanak-kanak secara dalam talian, siasatan berkaitan mata wang kripto, keupayaan forensik serta usaha mempertingkatkan perkongsian risikan, kepakaran, dan amalan terbaik dalam bidang siasatan jenayah. Bagi memantapkan lagi perkongsian strategik, delegasi PDRM turut mengadakan lawatan penandaarasan ke Digital Disruption Centre, Cyber Command yang memfokuskan kepada keupayaan risikan, teknologi terkini, dan siasatan jenayah siber serta FIRST Lab, HTX, SPF bagi meninjau keupayaan teknologi dan amalan terbaik dalam bidang forensik. Program lawatan ini memberikan pendedahan yang amat bermanfaat dalam memperkukuh pengetahuan serta meneroka peluang kerjasama teknologi yang lebih erat antara kedua-dua agensi. Penganjuran mesyuarat kali ke-145 ini membuktikan komitmen jitu dan berterusan PDRM serta SPF dalam memperkukuhkan hubungan profesional. Kerjasama penguatkuasaan undang-undang yang utuh ini adalah demi menjamin keselamatan, keamanan, dan kesejahteraan kedua-dua buah negara jiran. Hadir bersama Datuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (PJSJ) adalah DCP Datuk Mohd Fazley Ab Rahman Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) bersama Ketua-Ketua Penolong Pengarah JSJ Bukit Aman serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Johor. #JabatanSiasatanJenayah #POLISDIRAJAMALAYSIA #CIDRMP