Onn Hafiz · @onnhafiz

Posted 1 week ago
439.55K followers
2.5M views
171.7K likes
3.82K comments
17.3K shares

Syukur Alhamdulillah, Projek Menaik Taraf Lebuhraya Pasir Gudang (FT17) daripada empat kepada enam lorong kini telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 83 peratus, dengan 6.4 kilometer laluan telah dibuka dan digunakan oleh orang ramai. Saya telah turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan projek sepanjang 10 kilometer dari Persimpangan Bandar Seri Alam / Taman Rinting hingga ke Pasir Gudang ini, yang merupakan antara usaha penting bagi mengurangkan kesesakan trafik yang sekian lama menjadi rungutan rakyat. Setakat ini, baki 3.6 kilometer laluan utama dijangka dapat dibuka sepenuhnya pada bulan Ogos tahun ini, manakala kerja-kerja akhir termasuk kemasan dan penyelarasan infrastruktur lain akan diteruskan sehingga siap sepenuhnya pada November 2026. Dalam lawatan yang sama, saya turut meninjau projek penambahbaikan Smart Traffic Light di Persimpangan Taman Kota Puteri dan Taman Teluk Tropikana, Lebuhraya Permas–Pasir Gudang. Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengoptimumkan sistem kawalan trafik khususnya bagi mengurangkan kesesakan serta memastikan pergerakan kenderaan lebih lancar, terutama pada waktu puncak. Insya-Allah, Kerajaan Negeri akan terus berusaha dalam memperkukuh jaringan jalan raya, mengurangkan kesesakan trafik dan meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan di Johor demi keselesaan, keselamatan dan kesejahteraan kepada seluruh Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor