Posted 2 weeks ago
237.03K followers
294.8K views
36.9K likes
2K comments
2.02K shares
Penyatuan ini bukan sekadar kemenangan sebuah gabungan politik. Ia adalah kemenangan sebuah cita-cita yang sekian lama dipanjatkan dalam doa, diperjuangkan dengan air mata, dan dipertahankan dengan kesabaran. Hari ini, kita tidak meraikan siapa yang lebih hebat atau siapa yang lebih berjasa. Hari ini, kita meraikan kembalinya sebuah ukhuwah yang meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi segala perbezaan. Marilah kita menyambut kemenangan ini dengan penuh tawaduk dan keinsafan. Semakin besar kemenangan yang dikurniakan Allah SWT, semakin besar amanah yang wajib dipikul. Rakyat telah menitipkan keyakinan mereka melalui peti undi. Kini menjadi tanggungjawab kita untuk menterjemahkan harapan itu kepada sebuah pentadbiran yang berintegriti, adil, prihatin dan benar-benar membela kepentingan rakyat. Sesungguhnya, penyatuan dua kekuatan besar ini membuktikan bahawa apabila ego diketepikan, persaudaraan diutamakan dan matlamat perjuangan disatukan, lahirlah satu kekuatan yang tidak mampu dibina oleh mana-mana pihak secara bersendirian. Inilah makna sebenar Penyatuan Ummah bukan sekadar bersatu ketika menang, tetapi terus berpimpin tangan ketika memikul amanah. Semoga Allah SWT memelihara ikatan ini, mengurniakan keikhlasan dalam setiap langkah, serta menjadikan penyatuan yang dibina hari ini sebagai asbab kepada lahirnya sebuah negeri yang lebih makmur, sebuah negara yang lebih kukuh, dan sebuah ummah yang lebih bersatu. Biarlah sejarah mencatat bahawa kemenangan ini bukan kerana kuatnya satu parti, tetapi kerana bersatunya hati-hati yang mengutamakan ummah. Kerana sebuah penyatuan yang lahir kerana Allah, insya-Allah akan terus dipelihara oleh Allah. Terima kasih Negeri Sembilan kerana menjadi guru politik baharu. #tiktokkelantan #anakmuda #NismilanKitoJago