Posted 3 days ago
69.33K followers
675.6K views
24.8K likes
422 comments
2.89K shares
Sedih Baca Kisah Ahmad Shah Dibunuh Di Korea, Niat Meleraikan Pergaduhan Berakhir Tragedi! Terkedu dan sedih bila membaca luahan adik mangsa mengenai kejadian tragis yang menimpa abangnya di Korea! Kisah duka ini menimpa Ahmad Shah, 26, yang dilaporkan maut akibat ditikam dalam pergaduhan berkumpulan di Korea Selatan. Adiknya, Ain Sephia, 25, memaklumkan mereka sekeluarga menerima berita duka itu sekitar jam 2.40 pagi daripada kakak iparnya. Ahmad Shah yang bekerja kilang di sana sejak tujuh tahun lalu sebenarnya cuma mahu membantu meleraikan pergaduhan rakan. Arwah yang sedang tidur dikejutkan dengan panggilan rakan, lalu bergegas ke lokasi ditemani isterinya, Nurcahaya Ruslan. Malangnya, kehadiran arwah di tempat kejadian berakhir tragedi apabila dia ditikam oleh sekumpulan lelaki yang ada di sana. Isteri mangsa telah memberikan keterangan manakala kos hospital sebanyak RM18,000 juga sudah diselesaikan hasil sumbangan rakan-rakan. Kini keluarga sangat berharap jenazah dapat dibawa pulang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang dengan anggaran kos RM50,000 hingga RM60,000. Netizen meluahkan rasa sebak dan mendoakan agar urusan membawa pulang jenazah anak sulung ini berjalan lancar. Warga maya turut menyeru orang ramai membantu mengumpul dana agar hasrat keluarga membawa pulang arwah dipermudahkan. Pihak awam disaran untuk menyebarkan perkongsian ini serta menghulurkan sumbangan bagi meringankan kos penghantaran jenazah. Semoga roh Ahmad Shah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya diberikan kekuatan jiwa hadapi ujian ini. Sumber: Harian Metro #repost #salamtakziah #trending #innalillahiwainnalillahirajiun #doakanbaikbaik