Posted 1 week ago
276.98K followers
587.8K views
33.3K likes
2.07K comments
21.8K shares
Hukuman penjara menanti mat rempit mulai 1 November 2026 selepas pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 dilulus parlimen dan menunggu pewartaan akhir. Pindaan itu membolehkan anggota penguat kuasa mengambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang terbabit dalam perlumbaan haram dan aktiviti menunggang secara berbahaya. "Kita akan mengenakan hukuman yang jauh lebih berat, termasuk hukuman penjara, terhadap kesalahan 'mat rempit'," kata Pengarah Kanan Penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan. Sumber: Harian Metro #rempit #trending